Thursday, 9 November 2017

Mesyuarat Pengurusan Kesenian & Kebudayaan Kali Ke-2

Satu mesyuarat telah diadakan di Bilik Seri Melenggang, tepat jam 9.30 pagi. Antara agenda yang dibincangkan ialah (1) Pembentangan minit mesyuarat kali-1, (2) Pembentangan KMNS Got Talent, (3) Pengagihan tugas dan (4) Hal-hal lain.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Cik Norliana bt Ibrahim, berjalan dengan lancar.

Ahli Jawatankuasa begitu komited untuk menjayakan aktiviti akan datang. 

Aktiviti menarik yang akan dianjurkan oleh JK Kesenian dan Kebudayaan ialah KMNS Got Talent. Pelbagai aktiviti untuk pelajar (dan juga untuk kakitangan KMNS) akan dipertandingkan. Antaranya ialah :

1. Tarian Tradisional
2. Tarian Moden
3. Nyanyian
4. Seni Fotografi
5. Seni Persembahan Kreatif
6. 60 Seconds Video
7. Penulisan Sajak/Syair Bahasa Melayu
8. Pameran

Maklumat lanjut akan diwar-warkan selepas Cuti Pertengahan Semester nanti. Stay tune!


Terima Kasih!
/norhana